Peranan ibu bapa dalam membentuk sahsiah anak-anak

Peranan ibu bapa dalam membentuk sahsiah anak-anak

Sejak kebelakangan ini terdapat pelbagai bentuk masalah sosial dalam kalangan kanak-kanak.Kita haruslah segera membendung perkara ini daripada terus berlaku supaya dapat melahirkan negara yang aman pada masa akan datang.Namun apakah peranan ibu bapa dalam membentuk sahsiah anak-anak?

1.Meluangkan masa dengan anak-anak

Ibu bapa haruslah meluangkan lebih banyak masa dengan anak-anak.Ini dapat membuatkan anak akan berasa dihargai dan tidak melakukan apa-apa perkara yang boleh merosakkan sahsiah mereka.Jika ini dapat dilaksanakan sudah pastilah kanak-kanak akan lebih seronok dan tidak akan melakukan apa-apa perkara yang negatif.

2.Memberi didikan agama yang secukupnya

Ibu bapa haruslah memberi didikan agama yang cukup kepada anak-anak.Ini dapat membuatkan anak mereka akan dapat membezakan yang mana baik dan buruk.Maka mereka tidak akan melakukan apa-apa perkara yang boleh merosakkan sahsiah mereka.Ibu bapa bleh menghantar mereka mengikuti kelas mengaji dan boleh mengajar mereka cara untuk mendirikan solat yang betul dan tertib.Jika perkara ini berterusan maka anak mereka akan menjadi seorang yang soleh sekaligus sahsiah mereka akan terjaga.

3.Mengawasi pergerakan anak-anak

Ibu bapa juga perlu mengawasi pergerakan anak mereka.Ini kerana kita dapat menegur anak kita sekiranya mereka melakukan perkara yang tidak betul.Contohnya, kita melihat mereka membuang sampah merata-rata jadi kita seharusnya menegur mereka supaya tidak membuang sampah merata-rata.Dengan ini mereka akan tahu mana satukah perbuatan yang baik dan jahat.Sekiranya ini berterusan mereka tidak akan melakukan apa-apa perkara yang salah.Maka ibu bapa haruslah sentiasa memantau keadaan anak mereka

4.Mendisiplinkan diri anak sejak kecil lagi

Ibu bapa juga haruslah mendisiplinkan anak mereka.Ini kerana bagi membuatkan anak mereka sentiasa berkelakuan dengan baik.Maka dapat melahirkan keluarga yang bahagia.Contohnya, ibu bapa mengajar anak mereka supaya tidak membuangkan sampah merata-rata.Dengan ini kanak-kanak tersebut terbiasa dan tidak mungkin akan membuang sampah merata-rata.Impaknya persekitaran juga akan lebih bersih.Dengan ini ibu bapa haruslah mendisiplinkan anak mereka sejak kecil lagi

5.menjadi teladan atau contoh kepada anak-anak

Ibu bapa hendaklah menjadi teladan atau contoh kepada anak-anak.Ibu bapa seharuslah berkelakuan baik kerana setiap perbuatan ibu bapa akan dicobtohi oleh anak-anak mereka.Contohnya, anak-anak melihat ibu bapa sentiasa membantu orang yang dalam kesusahan.Dengan ini kanak-kanak akan mencontohi perbuatan tersebut sehingga meningkat dewasa.Maka ibu bapa sememangnya perlu menjadi suri teladan dan contoh kepada anak-anak supaya dapat melahirkan masyarakat yang baik

Kesimpulanya,terdapat pelbagai peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dalam membentuk sahsiah anak-anak.Jadi ibu bapa seharusnya terus membentuk sahsiah yang baik kepada anak-anak supaya dapat melahirkan negara yang aman dan bebas daripada sebarang masalah sosial

Comments

  1. Terimak asih.tajuk karanagn awak memang sesuai dengan tema karangan saya.👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻

    ReplyDelete
  2. Videos of "nba finals vive" on youtube - videodl.cc
    Watch this video from the "nba finals vive" on youtube in the 2020 NBA finals, “The Golden State Warriors beat the New York Knicks and win the NBA free youtube to mp3 converter championship.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog